Anjing wiraan lain Senarai anjing individual

Bukan semua anjing yang terkenal keranan menyelamatkan nyawa ialah anjing pekerja. Anjing penyelamat nyawa yang terkenal dengan tiada latihan atau kerja khusus termasuk yang berikut:

  • Dusty, seekor terier Airedale jantan, menemui seorang wanita selepas dia memandu keretanya terjatuh dari cenuram di atas Pantai Nesika, Oregon, pada 22 Oktober 2007, dan pemiliknya kemudian mengetuai penyelamat ke tapak tersebut.[petikan diperlukan]
  • Kabang, seekor kacukan anjing gembala dengan Aspin dari Bandar Raya Zamboanga, Filipina yang menjadi terkenal apabila ia menyelamatkan dua orang kanak-kanak daripada kemalangan motosikal yang boleh membawa maut. Sebagai akibat kemalangan ini, Kabang kehilangan muncung atasnya.[80][81]
  • George, seekor terier Jack Russell yang melindungi sekumpulan kanak-kanak di Manaia, New Zealand, daripada sepasangan pit bull yang menyerang. Ia dibunuh oleh pit bull tersebut.[82]
  • Jade, seekor anjing gembala Jerman dari Birmingham, England yang menyelamatkan seorang bayi terbiar. Ia berjalan di sebuah taman dengan pemiliknya apabila ia berlari dan baring, tidak bergerak sehingga tuannya menghampirinya, di sebelah seorang bayi terbiar di dalam sebuah beg di dalam hutan. Pemilik Jade memanggil ambulans yang membawa bayi berkenaan ke hospital dan bayi berkenaan diselamatkan.[83]
  • La China, seekor anjing bebas merantau betina yang mendengar tangisan anak baru lahir yang telah didedahkan oleh ibunya di padang dekat dengan kawasan melarut di luar Buenos Aires, Argentina. La China menemui bayi itu dan, tanpa meninggalkan sebarang tanda gigitan pada bayi itu, membawa bayi itu kepada tempat perlindungan saudara dan kehangata sudut tempat dia menjaga anak anjingnya. Kerana melakukan begitu, La China telah mebawa bayi itu cukup dekat untuk didengari oleh orang dan diselamatkan.[84]
  • Mkombozi, seekor anjing terbiar dari pinggir Nairobi, Kenya, menyelamatkan nyawa seorang bayi terbiar. Pada hari Isnin, 9 Mei 2005, Mkombozi sementara mencari makanan di sepanjang sebatang jalan, menjumpai seorang bayi terbiar di dalam sebuah pakej. Ia menariknya menyeberangi jalan, menariknya melalui pagar, ke dalam sebuah kampung, ke sebuah bangsal tempat ia menyusui anak baru lahirnya. Dalam melakukan sedemikian, ia telah membawa bayi berkenaan cukup hampir untuk tangisannya didengari oleh seorang wanita dan anak-anaknya, yang menyelamatkan bayi berkenaan. Bayi berkenaan dinamai "Angel" dan diambil sebagai anak angkat. Anjing berkenaan "Mkombozi", yang dalam bahasa Swahili bererti "Penyelamat", dan diambil oleh SPCA tempatan.[85]
  • Pui, seekor anjing Bangkaew Thai berumur 2 tahun di Thailand, menyelamatkan nyawa seorang bayi terbiar. Anjing jantan ini menemui sebuah beg plastik dekat dengan tempat buangan tepi jalan di daerah Tha Rua di provinsi Ayutthaya, mengandungi seorang bayi perempuan baru lahir di dalamnya dan membawa bayi itu pulang ke rumah tanpa cedera dan sakit.[86]
  • Saihu (赛虎 = "harimau pelumba"), di Jiujiang, Provinsi Jiangxi, China selatan. Pada 28 November 2003, seorang tukang masak menyediakan makan untuk hampir 30 orang di sebuah sekolah memandu. Bau periuk daging juga menarik beberapa ekor anak anjing ke sekolah itu. Tukang masak itu memberikan sedikit daging dari periuk itu kepada anak anjing itu. Tetapi keadaan sangat pelik apabila Saihu, ibu anak anjing itu, menghalang anaknya daripada memakan, dan juga terus menyalak tukang masak itu serta orang yang bersedia untuk memakan. Orang-orang di situ tidak memahaminya, maka mereka memakan. Saihu berlari berpusing-pusing cemas menyalak orang yang mula memakan, dan akhirnya memakan semua buangan tukang masak itu. Hanya selepas beberapa minit, Saihu terbaring mati di lantai. Orang-orang di situ terlalu terkejut untuk terus memakan. Mereka memanggil polis dan doktor yang menemui racun di dalam daging itu, dan tiada orang atau anak anjing yang mati. Semua orang yakin bahawa Saihu mesti terbau racun itu dan telah menyelamatkan orang-orang di situ dan anaknya dengan mengorbankan dirinya. Orang Jiujaing sangat mensyukuri Saihu sehingga mereka mendirikan sebuah makam di perkuburan manusia dan sebuah patung untuk memperingati anjing wira ini.[87]
  • Wangwang (汪汪 Wāngwāng, bererti "gonggong"), seekor anjing ahli keluarga Chang (張) di Taipei yang mengejutkan keluarganya semasa kebakaran malam. Keluarga itu mengejutkan jiran dan menyelamatkan kira-kira 30 nyawa.[88]
  • Willie, anjing pengutip Labrador, yang menyelamatkan nyawa temannya, John Stenglein, seorang bayi berumur enam tahun, daripada suatu serangan serigala di sebuah perkhemahan pembalakan berdekatan pada 26 April 2000 di Icy Bay, Alaska. John dan seorang anak lelaki yang lebih tua sedang bermain dekat dengan pinggir perkhemahan pembalakan apabila seekor serigala muncul dan mengejar kanak-kanak berkenaan, menyerang John apabila jatuh dan membawanya dan ke arah hutan. Ramai yang berlari, tetapi hanya Willie tiba pada masanya untuk menghadapi serigala berkenaan yang melepaskan John sebelum melarikan diri dengannya. Yang lain kemudian tiba, serigala berkenaan berundur, dan John diselamatkan; dan kemudian bapa John tiba dan memburu dan menembak serigala berkenaan. Serigala berkenaan dijumpai tidak sakit mahupun lapar, tetapi terbiasa terhadap kehadiran orang. John menerima 19 luka laserasi dan punktur pada belakang, kaki, dan punggung.[89]
  • Velvet ialah seekor anjing baka kacuk anjing pengutip Labrador dengan anjing lembu gembala, yang telah bantu menyelamatkan tiga orang pendaki apabila terkandas di Gunung Hood di Oregon pada 18 Februari 2007.[petikan diperlukan]

Rujukan

WikiPedia: Senarai anjing individual http://www.dailytelegraph.com.au/lifestyle/they-ca... http://www.defence.gov.au/media/DepartmentalTpl.cf... http://www.abc.net.au/news/stories/2009/11/12/2741... http://www.24chasa.bg/Article.asp?ArticleId=301833... http://ofuxico.uol.com.br/Materias/Noticias/notici... http://www.collectionscanada.ca/king/05320113/0532... http://sci.ce.cn/society/policy/200609/05/t2006090... http://boston.about.com/od/glossary/p/bostonterrie... http://www.artnet.com/galleries/exhibitions.asp?gi... http://dachshundlove.blogspot.com/2007/11/dachshun...